Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 200 g keju cheddar(diparut)

  • 1 biji bawang besar(dicincang)

  • 3 ulas bawang putih(dicincang)

  • ½ sudu besar pes miso

  • 250 g daging lembu cincang

  • 250 g sos tomato

  • 1 ½ sudu kecil serbuk jintan

  • 1 ½ sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil serbuk cili

  • lada hitam(secukup rasa)

  • garam(secukup rasa)

  • minyak masak

  • daun bawang(pilihan)

  • biji bijan(pilihan)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Taco Keju dengan Kari Daging

{{totalReview}}
Kulit taco dibuat daripada keju yang rangup di luar, dan inti kari daging empuk yang tercipta dari campuran pes miso dengan serbuk jintan, ketumbar, cili, bawang besar dan bawang putih. Apa lagi yang perlu dikatakan? Mesra keto dan sesuai dinikmati oleh semua orang, resipi ini sangat lazat dan menepati citarasa ramai.
  • Sederhana
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 2 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan inti

    • Dalam periuk saiz sederhana, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak sehingga lembut dan naik bau.

    • Tambah pes miso dan tambah perasa dengan lada hitam, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan serbuk cili. Kacau dan masak rempah sehingga wangi.

    • Kemudian tambah daging lembu, leraikan supaya daging tidak melekat dan tuang sos tomato. Kacau sebati.

    • Bila sudah mendidih, rendahkan api dan biar mereneh sehingga hampir semua cecair tersejat. Kacau sekali sekala supaya daging tidak melekat pada dasar periuk. Proses ini mengambil masa dalam 15 minit.

    • Tambah garam dan lada hitam jika perlu sebelum periuk diangkat dari api. Biarkan ia sejuk sementara anda membuat kulit taco.



  2. Buat kulit taco

    • Sediakan stesen membuat taco di dapur! Gantungkan batang nipis (seperti spatula atau penyepit) di atas 2 cawan/tin yang sama tinggi dengan dulang diletak di bawa batang rod (untuk mengumpul titisan).

    • Bila stesen sudah bersedia, buat kulit taco dengan melonggokkan 3 sudu besar keju cheddar diparut menjadi bentuk bulatan, di dalam kuali kecil dengan api sederhana rendah.

    • Tunggu sampai keju cair dan berbuih. Jangan bimbang jika ada gris keluar dari keju kerana perkana ini sangat normal. Anda boleh lapkan gris dengan tisu dapur jika mahu.

    • Bila keju sudah cair dan menjadi garing, sudah boleh diangkat keluar dari kuali. Biarkan ia sejuk seketika sebelum diangkat dan digantung atas batang rod/spatula secepat yang mungkin! Taco perlu dibentuk sementara masih boleh dilentur.

    • Biarkan ia sejuk dan bentuk menjadi kekal. Kemudian pindahkan ke dalam pinggan dan ulang langkah dengan baki keju.

    • Sumbat inti daging ke dalam taco dan hiaskan dengan daun bawang dan biji bijan.

    Buat kulit taco


Saji dan Hidang!

Kulit taco keju boleh dibentuk dalam pelbagai gaya. Jika anda mahu bentuk yang ringkas, boleh biarkan keju dalam bentuk bulatan rata atau sumbat dalam acuan mufin untuk jadikan cawan

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 200 g keju cheddar(diparut)

    • 1 biji bawang besar(dicincang)

    • 3 ulas bawang putih(dicincang)

    • ½ sudu besar pes miso

    • 250 g daging lembu cincang

    • 250 g sos tomato

    • 1 ½ sudu kecil serbuk jintan

    • 1 ½ sudu kecil serbuk ketumbar

    • 1 sudu kecil serbuk cili

    • lada hitam(secukup rasa)

    • garam(secukup rasa)

    • minyak masak

    • daun bawang(pilihan)

    • biji bijan(pilihan)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki