Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 400 g tau kwa (tauhu pejal)

  • 4 sudu besar tepung jagung

  • 2 sudu kecil bawang putih - dipotong

  • 2 sudu kecil halia - diparut

  • ½ cawan bawang merah - dipotong dadu halus

  • 1 sudu besar pes cili merah

  • 2 biji cili merah besar - dipotong halus

  • 4 sudu kecil kicap soya

  • 1 sudu kecil gula perang

  • 4 sudu kecil madu

  • 2 sudu besar bijan - dipanggang

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • ¼ cawan kacang tumbuk

  • ½ cawan daun bawang (bahagian daun sahaja)

  • ½ sudu kecil garam

  • ½ sudu kecil lada hitam

  • 1 cawan air

  • Minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Tauhu Bijan Madu

{{totalReview}}
Sempurna sebagai sajian utama atau snek, Tauhu Bijan Madu adalah hidangan vegetarian yang rangup dan savori. Letusan perasa daripada sos - bagaikan sebuah simfoni dengan madu, minyak bijan, kicap soya, bawang merah dan cili - yang sesuai dipadankan bersama tauhu yang lembut. Pastikan anda menggunakan tauhu yang pejal supaya ia tidak hancur ketika dimasak, dan disatukan dengan sos yang pekat!
  • Mudah
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min

Tauhu Bijan Madu

Hidangan Yang Sempurna Buat Yang Sukakan Kemanisan

Madu adalah anugerah daripada lebah buat yang sukakan kemanisan. Dianggap sebagai pemanis yang ‘kurang mudarat’, madu selalunya digunakan sebagai perasa untuk pemanis mulut. Ia juga boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam hidangan buat individu yang mempunyai diabetes atau yang mahu mengurangkan pengambilan gula. Tidak dilupakan, ia boleh disatukan dengan pelbagai jenis bahan-bahan. Ia boleh dijumpai dalam variasi hidangan seperti kek, smoothie atau pemanis mulut lain. 

Madu mendapatkan kemanisannya daripada glukosa dan monosaccharides fructose. Ia dihasilkan ketika lebah mengutip nektar. Pemelihara lebah akan menggunakam asap lebah untuk keselamatan untuk mendapatkan madu daripada sarang lebah domestik atau koloni lebah liar. 

Madu adalah manis, tetapi tahukah anda madu boleh digunakan bersama hidangan savori?

Ternyata hidangan savori mempunyai perasa masin, masan dan pedas dalam menyerikan selera, tetapi sentuhan kemanisan dapat memberikan dimensi kepada perasa hidangan. Dan terima kasih kepada kemanisan dan kepekatannya, madu boleh digunakan untuk memasak variasi hidangan tanpa mencairkan atau mengubah rasa. 

Sebenarnya, madu boleh dijumpai dalam banyak hidangan. Ia boleh digunakan sebagai bahan saduran atau di dalam sos. 

Mahu bermula untuk masaka dengan madu? Resipi Tauhu Bijan Madu ini adalah permulaannya!

Sempurna sebagai sajian atau snek, Tauhu Bijan Madu adalah hidangan vegetarian yang rangup dan savori. Ia boleh dimakan begitu sahaja, atau bersama nasi. Letusan perasa daripada sos - sebuah simfoni dengan madu, minyak bijan, kicap soya, bawang merah dan cili - yang sesuai dipadankan bersama tauhu yang lembut. 

Sama ada anda mahu hidangan tengah hari yang cepat, hidangan sampingan bersama sajian lain, atau sebagai hidangan pembukaan untuk sajian 3-peringkat, Tauhu Bijan Madu ini pasti akan memuaskan selera anda nanti.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan Mengenai Tauhu Bijan Madu

Apakah jenis madu yang perlu saya gunakan?

Percaya atau tidak, jenis madu yang digunakan akan memberikan kelainan.

Memandangkan Tauhu Bijan Madu ini hidangan savori, anda mahu mengelakkan daripada menggunakan madu yang mempunyai bau floral atau buahan. Cuba memilih madu yang lebih pekat untuk mengelakkan hidangan anda menjadi cair.

Apakah jenis tauhu yang perlu saya gunakan?

Hidangan ini memerlukan tauhu yang pejal. Elakkan daripada menggunakan tauhu yang lembut kerana anda tidak mahu ia hancur ketika digoreng nanti.

Adakah Tauhu Bijan Madu ini hidangan vegetarian?

Sudah tentu! Hidangan ini bebas daging sepenuhnya.

Bolehkah saya masak menggunakan wok?

Sudah tentu. Hidangan ini menggunakan cara goreng kilas, oleh itu anda mahu gunakan kuali yang dapat mengekalkan haba dengan berkesan. Anda juga boleh menggunakan kuali goreng.

Bagaimana untuk menyimpan lebihan hidangan?

Secara idealnya, anda perlu mengasingkan sos daripada tauhu untuk mengelakkan tauhu menjadi lembik. Simpan di dalam peti sejuk.

Bolehkah saya menggunakan semula minyak?

Apabila sudah menyejuk, anda boleh menapis minyak dengan kain keju dan simpan di dalam tempat yang gelap dan sejuk.

Bagaimana saya tahu minyak itu sudah bersedia untuk digoreng?

Jika anda ada termometer dapur, anda boleh memeriksa suhunya. Suhu yang ideal adalah antara 360-375 Fahrenheit.

Secara alternatifnya, anda boleh menggunakan sudu kayu ke dalam minyak, dan jika ada buih terbentuk, minyak itu sudah bersedia untuk digoreng. Tetapi jika ia berbuih dengan banyak, minyak itu sudah terlalu panas.

Tip Untuk Memasak Tauhu Bijan Madu yang Menyelerakan

  1. Tekan”tauhu sebelum memasak: seperti span, tauhu dipenuhi dengan air. Anda perlu menekan untuk mengeluarkan air daripada tauhu. Susun tuala kertas di atas tauhu dan letak objek yang berat di atasnya.
  2. Perap tauhu untuk lebih perasa: seperti protein lain, anda perlu memerap tauhu sebelum untuk mendapatkan rasa yang lebih kuat.
  3. Gunakan minyak sayuran jika anda mahu mengurangkan lemak tepu: lemak tepu boleh didapati dalam mentega dan lemak babi yang dihubungkan dengan masalah sakit jantung dan strok.
  4. Masak aromatik dengan api perlahan: bawang putih, halia dan pes cili yang hangus akan merosakkan rasa hidangan anda. Jika anda baharu memasak dan keliru untuk mengawal api, gunakan api perlahan ketika memasak aromatik.
  5. Pastikan minyak itu panas sebelum anda goreng tauhu: memasak dengan minyak yang sejuk akan membuat masakan anda berminyak.
  6. Masak tau kwa dalam kuantiti yang sedikit: ini untuk mengelakkan daripada melekat dan berkumpul. Memenuhi kuali atau periuk dengan bahan mentah juga akan menurunkan suhu minyak nanti.
  7. Letakkan bahan-bahan ke dalam periuk dengan perlahan: ini untuk mengelakkan daripada tertumpah. Apabila menggoreng, keselamatan anda perlu diberi perhatian.

Cara Penyediaan

  1. Sediakan tauhu

    • Potong tau kwa menjadi kiub dan tepuk kering menggunakan tuala kertas. Pastikan akan menekan keluar semua air.
    • Dalam mangkuk, tambah tau kwa, 2 sudu besar tepung jagung, ½ sudu kecil garam dan ½ sudu kecil lada hitam.
    • Gaulkan sekata untuk menyadurkan tau kwa. Anda boleh menggunakan sudu ataupun tangan anda.
    • Dalam periuk yang diisikan minyak dengan api sederhana, goreng tauhu sehingga menjadi keemasan. Pastikan anda tidak menghancurkan tauhu ketika menggoreng.
    • Angkat daripada kuali dan tapis minyak berlebihan dengan tuala kertas.


  2. Sediakan sos bijan madu

    • Dalam mangkuk, tambah 2 sudu kecil kicap soya, 1 sudu kecil gula perang, 4 sudu besar air, 2 sudu kecil madu, kacang, 1 sudu besar pes cili merah, cili merah, ½ sudu kecil garam dan ½ sudu kecil lada hitam.
    • Biarkan sebentar.
    • Dalam wok dengan api sederhana, tambah 1 sudu besar minyak bijan dan 1 sudu besar minyak sayuran.
    • Apabila panas, tambah 1 sudu kecil halia parut, 2 sudu kecil potongan bawang putih dan potongan bawang merah.
    • Goreng sehingga keemasan dan wangi dengan api rendah ke sederhana. 
    • Tambah sos pra-campuran ke dalam wok.
    Sediakan sos bijan madu


  3. Satukan bahan-bahan

    • Larutkan 2 sudu besar tepung jagung ke dalam 1 cawan air, campur sebati, dan tambah ke dalam wok
    • Dengan api tinggi, tambah kiub tauhu goreng, dan masak selama 2 hingga 3 minit
    • Tambah biji bijan dan daun bawang (bahagian hijau sahaja) ke dalam wok.
    Satukan bahan-bahan


Saji dan Hidang!

Hiaskan hidangan dengan daun bawang dan cili. Hidang ketika panas bersama nasi untuk sajian yang lengkap.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 400 g tau kwa (tauhu pejal)

    • 4 sudu besar tepung jagung

    • 2 sudu kecil bawang putih - dipotong

    • 2 sudu kecil halia - diparut

    • ½ cawan bawang merah - dipotong dadu halus

    • 1 sudu besar pes cili merah

    • 2 biji cili merah besar - dipotong halus

    • 4 sudu kecil kicap soya

    • 1 sudu kecil gula perang

    • 4 sudu kecil madu

    • 2 sudu besar bijan - dipanggang

    • 1 sudu besar minyak bijan

    • ¼ cawan kacang tumbuk

    • ½ cawan daun bawang (bahagian daun sahaja)

    • ½ sudu kecil garam

    • ½ sudu kecil lada hitam

    • 1 cawan air

    • Minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki