Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2 orang
  • Campuran tepung:

    130 g tepung ubi kayu

  • 720 ml air

  • 70 g tepung gandum

  • 1 sudu kecil garam

  • Campuran tepung beras (sluri putih kental):

    30 g tepung beras

  • 400 ml air

  • Perasa telur dadar:

    120 ml minyak

  • 6 biji telur

  • 2 sudu kecil sos ikan (jenama red boat)

  • 4 sudu kecil kicap soya

  • 2 sudu kecil wain masakan

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)

  • 8 ekor tiram (boleh diganti dengan udang)

  • 2 sudu besar daun bawang (dihiris)

  • 2 sudu besar pes cili

  • lada sulah

  • daun bawang (dihiris)

  • 1 tangkai daun ketumbar

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Telur Dadar Tiram

{{totalReview}}
Peminat Telur Dadar Tiram (Ou Luak) tetapi masih mencari kedai yang menjualnya dengan nisbah telur, tepung, dan tiram yang sempurna? Mengapa tidak masak sendiri di rumah! Bukan hanya anda boleh mengawal jumlah bahan-bahan di dalamnya, anda juga boleh mengubah rasanya mengikut kemahuan - cili, sos ikan, dan juga jumlah tiram. Ikut kemewahan yang anda mahu, maka jadilah, Telur Dadar Tiram yang sempurna!
  • Mudah
  • 30 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 10 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Buat campuran tepung ubi kayu

    • Campurkan tepung ubi kayu, tepung gandum dan garam dalam mangkuk.
    • Tambah air dan gaul.
    • Tapis dan ketepikan.


  2. Buat campuran tepung beras

    • Campurkan tepung beras dengan air dan tapis. Ketepikan.


  3. Goreng telur dadar

    • Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
    • Ratakan ½ senduk campuran tepung beras meliputi seluruh kuali. Masak sampai terbentuk lapisan bawah.
    • Kemudian, tambah 1 senduk campuran tepung ubi kayu dan gaul dengan api sederhana.
    • Tambah 3 biji telur dipukul, 2 sudu kecil kicap soya cair dan 1 sudu kecil sos ikan. Ratakan seluruh kuali. Kecilkan api dan goreng.
    • Terbalikkan setelah lapisan bawah sedikit perang. Taburkan sedikit minyak di tengah-tengah dan hancurkan telur sedikit dan tolak ke tepi kuali.
    • Tambah 1 sudu kecil bawang putih, 1 sudu besar pes cili dan 2 sudu besar minyak di tengah dan goreng.  Kemudian gaul bersama telur dadar.
    • Tambah 4 ekor tiram di tengah kuali, goreng beberapa saat. Masukkan 1 sudu kecil wain masakan.
    • Gaul tiram dengan telur dadar dan daun bawang.
    Goreng telur dadar


Saji dan Hidang!

Alihkan atas pinggan hidangan dan hias dengan daun ketumbar.

Saji dan Hidang!

Get Some Tableware!

 

 

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • Campuran tepung:

      130 g tepung ubi kayu

    • 720 ml air

    • 70 g tepung gandum

    • 1 sudu kecil garam

    • Campuran tepung beras (sluri putih kental):

      30 g tepung beras

    • 400 ml air

    • Perasa telur dadar:

      120 ml minyak

    • 6 biji telur

    • 2 sudu kecil sos ikan (jenama red boat)

    • 4 sudu kecil kicap soya

    • 2 sudu kecil wain masakan

    • 2 ulas bawang putih (dicincang)

    • 8 ekor tiram (boleh diganti dengan udang)

    • 2 sudu besar daun bawang (dihiris)

    • 2 sudu besar pes cili

    • lada sulah

    • daun bawang (dihiris)

    • 1 tangkai daun ketumbar

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki