Bahan bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 4 biji telur

  • 2 biji telur asin

    (dikupas dan dipotong)

  • 1 biji telur seratus tahun

    (dikupas dan dipotong)

  • 600 ml air

     

  • ½ sudu kecil lada putih

  • ½ sudu kecil minyak bijan

  • 1 sudu kecil kicap soya cair

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Telur Kukus Tiga Jenis

{{totalReview}}
Kembangkan pengalaman kulinari anda dengan 3 jenis telur berbeza. Resipi telur kukus yang lembut dan gebu ini wajib anda cuba!
  • Mudah
  • 10 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 10 min
  • 10 min

Telur Kukus Selembut Sutera

Bintang utama dalam resipi ini hanyalah satu bahan biasa. Telur. Telur ayam yang biasa ditemui dalam setiap dapur rumah, merupakan satu bahan versatil yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Ia digemari oleh orang ramai sebagai sumber protein harian. Faktor versatil ini membolehkan para chef menghidang pelbagai jenis masakan. Beberapa biji telur boleh mengubah kesedapan sesuatu hidangan hanya dengan menukar cara masakan. Bila dikukus, ia memberikan citarasa unik bagai masakan di rumah, melengkapkan hidangan lain tanpa mencipta perasa yang keterlaluan.

Telur seratus tahun dan telur asin sangat popular dalam masakan Asia. Telur seratus tahun dibuat dengan direndam dalam larutan garam yang biasanya mengandungi tanah liat. Berpunca dari tindak balas kimia yang berlaku melalui proses penjerukan, telur bertukar menjadi warna keperangan sementara kuning telur menjadi warna hijau. Selain dari warna yang bertukar, tekstur telur juga bertukar! Putih telur menjadi seakan jeli manakala kuning telur menjadi berkrim. Walaupun biasa dimakan mentah, dalam resipi ini telur perlu dikukus.

Fakta menarik: Sejarah terciptanya telur seratus tahun adalah secara tidak sengaja. Beratus tahun dahulu, sebiji telur itik ditemui dalam kolam kapur tohor. Kemudian telur itu ditambah sedikit garam, dan wujudlah telur seratus tahun!

Sama seperti telur seratus tahun, telur asin secara ringkasnya diperam dalam lumpur garam. Biasanya diperam selama berbulan-bulan, telur ini juga sudah wujud sejak beratus tahun dahulu. Kini telur asin menjadi kegilaan di seluruh pelusuk dunia dan diguna sebagai pelengkap dalam pelbagai jenis hidangan utatama. Dari kulit ikan digoreng bersama telur asin, hingga ke aiskrim telur asin, rasa manis dan perisa umami yang diberikan dalam hidangan membuatkan ia digemari ramai.

Akhir sekali, kaedah memasak yang menyatukan bahan-bahan masakan in bersama. Mengukus adalah kaedah ringkas di mana stim panas yang keluar dari air mendidih diperangkap dengan penutup bekas pengukus. Udara panas ini kemudian memasak hidangan sambil membantu mengekalkan rasa dalam makanan. Disebabkan hanya mengguna udara panas, apa-apa jenis minyak tidak diperlukan. Sekaligus membuatkan kaedah memasak ini cara yang lebih sihat.

Walaupun penampilan dan senarai bahan-bahannya adalah ringkas, hidangan orang Cina ini pasti mengukir senyuman di muka anda. Berikan deria rasa anda pengalaman baru dengan memberi sentuhan menarik kepada hidangan telur kukus. Ikuti setiap langkah-langkah dalam resipi kami dan hidangkan telur kukus istimewa untuk makan malam anda.

Soalan Sering Ditanya tentang Telur Kukus Tiga Jenis

 1. Apakah cara untuk meningkatkan rasa telur kukus?

Untuk mendapat telur kukus dengan rasa yang melimpah ruah di dalam mulut, gantikan air dengan stok ayam. Tapi pastikan anda rasa stok ayam terlebih dahulu sebelum dipukul bersama telur. Jika anda rasa stok kurang masin, tambahkan sedikit kicap soya atau sos ikan.

2. Telur ayam atau telur itik, mana satu yang perlu saya guna?

Dua-dua pun boleh! Telur itik selalu digunakan secara tradisional tetapi telur ayam juga akan memberikan hasil bagus. Disebabkan perbezaan diet di antara kedua-duanya, perisa telur itik boleh jadi lebih kuat. Telur itik juga tinggi dengan kandungan lemak, protein dan asid berlemak omega-3. Ini adalah sebab kenapa ia pilihan di kalangan pengamal diet paleo.

3. Bolehkah saya gunakan air paip untuk memukul telur?

Air paip selalunya mengandungi klorin. Oleh itu, kami cadangkan untuk mengguna air masak. Pastikan suhu air turun sehingga suhu bilik sebelum dicampur dengan telur, kerana telur akan terus dimasak seperti telur hancur jika air mendidih digunakan.

Tip & Petua untuk Menghasilkan Semangkuk Telur Kukus yang Enak

1. Tapis campuran telur sebelum mengukus: Sebelum mengukus, tuang campuran telur perlahan-lahan melalui penapis lubang halus dan masuk ke dalam bekas tahan panas. Kaedah ini memastikan tiada buih terbentuk, supaya tekstur licin boleh dihasilkan.

2. Pukul telur dengan rapi: Telur yang dipukul membolehkan tekstur gebu terhasil di dalam telur kukus.

3. Hias telur itik sebelum dihidang: Hias telur itik dengan bawang goreng untuk perisa tambahan. Potongan daun bawang yang ditabur juga boleh memberikan kerangupan ekstra, selain daripada rasa pedas dari lada sulah.

4. Gunakan perkakas memasak yang elok: Guna mangkuk seramik atau mangkuk kaca yang selamat dipanaskan dalam ketuhar untuk mengukus telur. Tujuannya adalah supaya haba boleh disebarkan ke seluruh bahagian mangkuk dan telur akan dimasak sama rata. Ini juga memastikan perkakas tidak retak bila dikenakan haba tinggi ketika mengukus.

5. Tambah lebih banyak tekstur: Memandangkan telur asin dan telur seratus tahun perlu dicincang, cuba untuk potong telur menjadi dadu saiz besar supaya setiap suapan mengandungi semua jenis telur. Kiub tauhu yang ditambah ke dalam hidangan ini juga boleh memberikan dimensi tekstur lain dan kepuasan apabila mengunyah.

6. Kekalkan perisa telur: Untuk mengekalkan perisa unik telur yang diperam, tutup bekas hidangan dengan kerajang aluminium sebelum mengukus. Teknik ini akan memerangkap semua haba dan perisa, dan udara panas tidak akan terkeluar. Teknik perangkap ini juga melindungi telur daripada titisan air yang terbentuk melalu proses kondensasi.

Cara membuat

  1. Buat campuran telur

    • Pukul 4 biji telur dengan air.

    | Telur yang dipukul memberikan tekstur gebu dan kembang bila telur dikukus.

    • Masukkan telur asin, telur seratus tahun, ½ sudu kecil kicap soya cair dan ½ sudu kecil lada putih. Kacau sebati.



  2. Kukus telur

    • Tuang campuran telur ke dalam mangkuk hidangan.

    | sebelum mengukus, tuang campuran telur perlahan-lahan melalui penapis halus ke dalam bekas hidangan tahan panas. Kaedah ini mengelakkan buih terbentuk dan memberikan permukaan licin.

    • Panaskan kuali yang diisi dengan rak pengukus dan air dan panaskan dengan api sederhana.

    | gunakan mangkuk seramik atau mangkuk kaca tahan panas untuk mengukus telur.

    • Kukus telur selama 10 minit sehingga telur masak sepenuhnya.

    | Tambah bawang goreng untuk lebih banyak perisa.



Saji dan Hidang!

Tambahkan ½ sudu besar kicap soya cair dan ½ sudu kecil minyak bijan. Hidang panas-panas.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 4 biji telur

    • 2 biji telur asin

      (dikupas dan dipotong)

    • 1 biji telur seratus tahun

      (dikupas dan dipotong)

    • 600 ml air

       

    • ½ sudu kecil lada putih

    • ½ sudu kecil minyak bijan

    • 1 sudu kecil kicap soya cair

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki