Tiga Jenis Bubur Nasi Yang Perlu Anda Belajar untuk Memasak

Bubur nasi. Bergantung kepada dari mana anda berasal, bubur nasi mempunyai maksud dan rasa yang berbeza. Di bahagian barat dunia, bubur bermaksud mil oat atau hidangan yang direbus dengan air atau susu. Di Asia, bubur bermaksud bubur nasi, selalunya direbus sehingga menjadi melekit dan kembang yang juga dikenali sebagai congee. Di sini, kami menyenaraikan tiga jenis bubur nasi yang perlu anda belajar untuk masak.

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli

 

Cara Untuk: Masak Jenis-Jenis Bubur Nasi Yang Berbeza

Cara tldw (too long don't watch) yang cepat untuk memasak jenis-jenis bubur nasi yang berbeza

Bubur Nasi Taiwan

Nisbah beras kepada air: 1:6

Masa Memasak: 15 minit

Tekstur: Bersup dengan butiran lembut

Selalunya dimakan bersama hidangan daging atau sayuran serta perasa seperti kicap soya, ia adakalanya dimasak bersama ubi kentang untuk hidangan yang manis kemasinan. Ketika Perang Dunia Pertama, bubur nasi selalunya dimasak stail Taiwan apabila makanan sukar ditemui dan orang terlalu miskin untuk membeli produk yang lebih premium.

Bubur Nasi Filipina

Nisbah beras kepada air: 1:4

Masa Masakan: 1 jam

Tekstur: Pekat, melekit, savori

Juga dikenali sebagai Arroz Caldo, bubur nasi Filipina berbeza daripada kebanyakan bubur nasi lain kerana mull-mula ia digoreng bersama ayam, bawang goreng dan bawang putih sebelum direbus dengan air. Ini akan memberikan rasa smoky, Arroz Caldo yang penuh citarasa, dan resipi kami sempurna untuk anda cuba hidangan yang mudah ini.

Bubur Nasi Kantonis

Nisbah beras kepada air: 1:8

Masa Masakan: 2 jam dengan api perlahan (dikacau setiap setengah jam)

Tekstur: Pekat, selembut sutera. Sangat melekit

Bubur nasi Kantonis tradisional juga dikenal sebagai congee, dan selalunya dimakan bersama hidangan lain. Selembut sutera, ini mungkin bubur nasi yang paling lama untuk dimasak dan memerlukan kesabaran, dimasak di atas dapur dengan api perlahan. Perlu dikacau setiap setengah jam supaya bijian tidak melekat pada bahagian bawah. Masa yang menyeronokan. Tetapi cukup berbaloi.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki