Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 8 ekor udang (dibuang kulit dan dibersihkan)

  • 1 ketul 4 cm halia (dibuang kulit dan dipotong)

  • 4 ulas bawang putih (dibuang kulit dan dipotong)

  • 1 biji cili merah (dipotong)

  • 1 cawan daun basil

  • 1 sudu besar sos kicap soya

  • 1 sudu kecil sos kicap pekat

  • 2 sudu kecil gula

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • 2 sudu kecil tepung jagung (dilarut dalam 1 sudu besar air) - tidak wajib

  • 2 sudu besar minyak sayuran

  • 4 sudu besar air

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Udang Basil

{{totalReview}}
Cara yang cepat dan mudah untuk goreng kilas udang segar yang pasti akan menghangatkan meja makan anda!
  • Mudah
  • 10 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 15 min
  • 10 min

Udang Basil

Cara Mudah Goreng Kilas di Rumah

Jika ada satu cara yang semua orang - kami betul maksudkan semua orang (termasuk yang baharu!) - boleh melakukannya, adalah goreng kilas.

Teknik masakan Cina ini berasal dari China tetapi telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ia telah direkodkan ketika Dinasti Ming (1368-1664) sebagai cara masakan yang sangat berguna. Goreng kilas sangat versatil, mudah dan membuat hidangan cukup menyelerakan. Anda pasti akan menjumpai hidangan goreng kilas ini di setiap restoran Asia. 

Hidangan goreng kilas adalah pilihan terbaik untuk memasak makan malam pada saat akhir. Anda boleh menggoreng kilas apa sahaja dari daging, sayuran Asia ataupun karbohidrat menggunakan wok dengan sedikit minyak. Ianya juga sangat mudah kerana anda boleh memasak semua bahan-bahan hanya menggunakan satu wok sahaja.

Jika anda mahukan hidangan yang lebih menyelerakan yang boleh dimasak dalam masa 30 minit, resipi goreng kilas Udang Basil ini mesti anda cuba! Ia dilengkapi dengan rasa manis, masin dan juga pedas. 

Anda juga boleh mengubah suai hidangan anda mengikut citarasa sendiri. Sebagai contoh, jika anda bukan peminat masakan pedas, anda boleh mengurangkan jumlah cili atau tidak menggunakannya langsung. Tetapi jika anda sukakan masakan pedas pula, anda boleh menambahkan sebanyak mana yang anda mahu. 

Tidak dilupakan hidangan ini pasti akan memberi anda kenyang dan penuh kepuasan. Udang mengandungi kandungan protein, selenium dan zink yang tinggi - sangat penting untuk membantu sistem imun, membina tulang yang kuat dan membuat anda puas hati sepanjang hari.

Sama ada anda menyediakan untuk parti makan malam, hidangan yang lebih mesra bersama seseorang, atau hanya masak di dapur rumah untuk diri sendiri, sajian Udang Basil yang cukup menyelerakan ini pasti akan menghangatkan meja makan anda.

 

Soalan Yang Kerap Diajukan mengenai Udang Basil

 

Apakah perbezaan: goreng kilas (stir-fry) vs goreng kuali (pan-fry) ?

Goreng kilas dimasak menggunakan wok, manakala pan-fry pula menggunakan kuali. 

Menggoreng menggunakan kuali menggunakan api lebih rendah berbanding goreng kilas supaya bahagian luar tidak terlampau masak sebelum bahagian dalam makanan masak. 

Manakala, goreng kilas menggunakan suhu tinggi dan sedikit minyak. Kerana anda perlu menggoreng bahan-bahan dalam wok, anda boleh bermain dengan suhu yang tinggi untuk mendapatkan lebih rasa wok-hei daripada bahan-bahan.

Adakah Udang Basil berkhasiat?

Walaupun kaedah menggoreng selalunya dianggap tidak berkhasiat kerana menggunakan minyak, anda boleh menggunakan hanya sedikit minyak untuk menggoreng kilas. Untuk membuat hidangan lebih berkhasiat, anda boleh menggunakan minyak sayuran dan mengurangkan gula juga garam dan menggantikan dengan perasa yang kurang kalori. 

Jika anda mahukan lebih perasa tetapi anda mengawal kandungan garam dan gula, anda boleh perap udang terlebih dahulu. Biarkan ia diperap sekurang-kurangnnya 30 minit di dalam peti sejuk. 

Apakah peralatan memasak yang digunakan ketika goreng kilas?

Pertama sekali, anda memerlukan sebuah wok. Ia adalah peralatan yang wajib ada dalam masakan Cina dan akan menghasilkan rasa wok-hei yang unik. Ia juga mempunyai permukaan yang lebih besar dan mampu menahan suhu tinggi. 

Elakkan daripada menggunakan senduk metal dan memilih yang kayu - anda tidak mahu merosakkan permukaan wok. 

Bolehkah masakan goreng kilas disejuk dalam peti sejuk dan dipanaskan semula menggunakan ketuhar kelobang mikro?

Hampir semua masakan goreng kilas boleh dipanaskan menggunakan wok, kuali dan ketuhar gelombang mikro. Tetapi, hidangan dengan bihun seperti Wat Tan Hor Fun akan menjadi kembang jika dipanaskan.

Tip untuk menggoreng kilas Udang Basil

  1. Sediakan bahan-bahan terlebih dahulu: bila api sudah dinyalakan, anda tidak mempunyai banyak masa. Semua bahan-bahan perlu dipotong dan diperap terlebih dahulu dan diletakkan berdekatan dengan dapur memasak. 
  2. Masak aromatik dengan suhu rendah: aromatik seperti halia dan bawang merah masak dengan cepat, jadi pastikan anda masak dengan suhu rendah untuk mengelakkan ia merosakkan rasa masakan anda. 
  3. Kacau selalu (tetapi bukan setiap masa): untuk memastikan ia masak dengan sekata, kacau bahan-bahan anda keluar dan masuk di bahagian tengah. Tetapi elakkan daripada mengacau selalu kerana anda mahu bahan-bahan untuk masak dengan cepat. 
  4. Maksimakan permukaan bahan-bahan anda: lebih besar bahagian permukaan, lebih banyak kawasan yang terdedah pada suhu, dan oleh itu lebih berperisa hidangan anda. 
  5. Bersihkan udang terlebih dahulu: seperti yang disebutkan tadi, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk menyiapkan bahan-bahan bila api sudah bermula. Belahkan bahagian luar udang dengan lembut menggunakan pisau dan bersihkan udang.
  6. Biarkan kulit udang untuk lebih berperisa: jika anda tidak mahu mengotorkan tangan ketika makan, anda boleh membuang kulit udang. Tetapi, anda boleh biarkannya kerana ia akan memberikan lebih perisa pada hidangan anda.  
  7. Kawal api untuk mengelakkan udang menjadi terlampau masak: udang yang terlampau masak akan berasa keras dan pahit. Untuk mengelakkan menjadi terlampau masak (lebih-lebih lagi buat yang cuba pertama kali), gunakan api yang lebih kecil ketika meletakkan bahan-bahan. 
  8. Letak lebih basil: jika anda mahu hidangan anda lebih banyak sayuran, tambahkan lebih banyak daun basil. Daun basil mempunyai rasa yang unik, oleh itu pastikan anda mengubah jumlah sos yang ditambah nanti.

Cara Penyediaan

  1. Goreng rempah

    • alam kuali dengan api tinggi, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. BIla minyak sudah panas, goreng kilas bawang putih, halia dan cili sehingga wangi.
    • Tambahkan udang dan goreng kilas selama 5 minit, sehingga udang bertukar menjadi merah.
    • Perlahankan api jika anda takut udang menjadi terlampau masak.

    Anda boleh membuang kulit udang untuk hidangan yang lebih mudah untuk dimakan, tetapi bahagian kepala dan kulit udang akan memberikan dimensi rasa yang lebih lazat.



  2. Memerap udang

    • Tambah 1 sudu besar kicap soya, 1 sudu kecil kicap pekat, 2 sudu kecil gula, 4 sudu besar air dan 1 sudu kecil minyak bijan. Gaulkan sebati.


  3. Tambah basil

    • Jika anda sukakan sos lebih pekat, tambahkan campuran tepung jagung untuk memekatkannya, atau anda boleh biarkan dengan api rendah. Gaulkan daun basil dan hidang.


Saji dan Hidang!

Pindahkan ke dalam pinggan sajian dan hidangkan ketika panas. Lazat untuk dimakan bersama nasi putih.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 8 ekor udang (dibuang kulit dan dibersihkan)

    • 1 ketul 4 cm halia (dibuang kulit dan dipotong)

    • 4 ulas bawang putih (dibuang kulit dan dipotong)

    • 1 biji cili merah (dipotong)

    • 1 cawan daun basil

    • 1 sudu besar sos kicap soya

    • 1 sudu kecil sos kicap pekat

    • 2 sudu kecil gula

    • 1 sudu kecil minyak bijan

    • 2 sudu kecil tepung jagung (dilarut dalam 1 sudu besar air) - tidak wajib

    • 2 sudu besar minyak sayuran

    • 4 sudu besar air

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki