Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 6 orang
  • 1 kg udang segar (dibersihkan dengan kaki udang dipotong)

  • 2 batang serai (dihiris halus)

  • 1 bunga kantan (dihiris halus)

  • 3 biji cili padi (dihiris)

  • 3 helai daun limau purut (dihiris halus, +3 untuk hiasan)

  • 1 ½ sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar pes tom yam

  • ½ cawan sos tomato dalam tin

  • 1 biji telur (dipukul)

  • 1 ½ sudu besar mayonis

  • 3 sudu besar sos cili

  • 2 sudu besar cuka putih

  • 3 sudu besar tepung jagung

  • 1 sudu kecil madu

  • ¼ cawan air

  • garam (secukup rasa)

  • minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak

  • 1 sudu kecil gula

Udang Goreng Wangi Rangup
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Udang Goreng Wangi Rangup

{{totalReview}}
Hidangan ini akan menjadi kegemaran ramai kerana mengapa tidak, siapa yang tidak sukakan udang goreng rangup dalam sos yang manis dan pedas? Resipi ini adalah kombinasi bahan-bahan yang selalu digunakan dalam masakan Thai bersama mayonis (ya mayonis!), yang memberikan kepedasan berkrim penuh keunikan. Sempurna untuk dimakan panas bersama nasi putih panas!
  • Mudah
  • 30 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 5 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 5 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Perap udang

    • Dalam mangkuk, campurkan sos tiram, telur, tepung jagung dan secubit garam.
    • Dalam mangkuk besar pula, campurkan udang untuk diperap dan biarkan selama 15 minit.
    Perap udang


  2. Goreng celur udang

    • Panaskan minyak masak dalam periuk. Goreng celur udang yang diperap sehingga keemasan, dan tapis menggunakan tuala dapur.
    Goreng celur udang


  3. Masak sos

    • Dalam kuali yang lain, panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis hirisan serai, hirisan bunga kantan dan hirisan cili padi sehingga wangi.
    • Tambah pes tom yam, air, madu, sos cili, gula, cuka dan sos tomato.
    • Tambah garam secukup rasa dan kacau sebati.

    | Ubah tahap kepedasan sajian ini dengan menambah atau mengurangkan cili padi.

    Masak sos


  4. Masuk udang dalam sos

    • Tambah udang dan gaulkan sekata.


  5. Masuk mayonis dan daun limau purut

    • Alihkan dari api dan gaulkan bersama mayonis dan hirisan daun limau purut.


Saji dan Hidang!

Hidang panas-panas dengan hirisan daun limau purut sebagai hiasan.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 6 orang
    • 1 kg udang segar (dibersihkan dengan kaki udang dipotong)

    • 2 batang serai (dihiris halus)

    • 1 bunga kantan (dihiris halus)

    • 3 biji cili padi (dihiris)

    • 3 helai daun limau purut (dihiris halus, +3 untuk hiasan)

    • 1 ½ sudu besar sos tiram

    • 2 sudu besar pes tom yam

    • ½ cawan sos tomato dalam tin

    • 1 biji telur (dipukul)

    • 1 ½ sudu besar mayonis

    • 3 sudu besar sos cili

    • 2 sudu besar cuka putih

    • 3 sudu besar tepung jagung

    • 1 sudu kecil madu

    • ¼ cawan air

    • garam (secukup rasa)

    • minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak

    • 1 sudu kecil gula

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki