Ulasan: Rasa Autentik Sajian Cina-Indonesia di Kota88

Ulasan: Rasa Autentik Sajian Cina-Indonesia di Kota88

Zi-char klasik disatukan dengan stail masakan Indonesia, sos serta rempah ratus adalah tarikan Kota88. Oleh Jessica Chan

Glodok, lokasi terkenal Chinatown di Jakarta serta destinasi menjamu selera, telah menembusi Singapura dan terus ke hari penduduk Siglap. Kota88 telah membuka pintu pada 2018, memperkenalkan easties (terma lokal kepada penduduk timur Singapura) kepada sajian Cina-Indonesia, juga dikenali sebagai Masakan Tionghoa-Indonesia. Makan tengah hari atau atau malam, lokasi kasual ini selalunya akan dipenuhi dengan pelanggan yang sedang menjamu selera antara hidangan zi-char Cina kegemaran kepada makanan jalanan Indonesia.

Ramai yang mengenali sajian ini berkaitan dengan populasi Muslim yang dominan. Tetapi negara kepulauan terbesar di dunia yang mempunyai 17,000 pulau, sebenarnya menampilkan kepelbagaian budaya dan, sudah tentu makanan istimewa. Yang popular daripada subset ini adalah penyatuan antara Cina-Indonesia yang berkembang di Chinatown di sekitar negara. Di sana, imigran Cina telah menyesuaikan diri mereka dengan budaya, bahan-bahan dan citarasa tempatan dalam menghasilkan Masakan Tionghoa-Indonesia.

Menu Kota88 mengekalkan tradisi, dengan fokus pada hidangan pinggan besar untuk berkongsi makan bersama-sama. Terdapat juga sajian individu buat yang datang dalam kumpulan yang kecil, tetapi, anda pasti mahu memenuhi kerusi untuk menghabiskan seleksi menu mereka yang ekstensif.

Sate Babi. Foto: Jessica Chan

Makanan pembukaan adalah Sate Babi ($15.88/10 cucuk). Sate babi, merangkumi dari sate babi manis hingga pilihan yang lebih berani iaitu sate usus dan sate kulit, dibakar di atas arang dalam sos kicap soya manis.

Nasi Campur Babi. Foto: Jessica Chan

Kepada mereka yang mahukan lebih variasi boleh mencuba Nasi Campur Babi ($12.88) yang mengandungi sate babi manis bersama campuran daging babi, termasuklah daging babi berbeku, rebusan telinga babi, siew mai buatan sendiri, ngoh hiang dan paling utama, ketulan perut daging babi yang garing dan melazatkan.

Mie Goreng Spesial. Foto: Jessica Chan

Peminat mi akan tertarik dengan Mie Goreng Spesial Kota88 ($14.88) yang istimewa. Disatukan dengan ketulan ayam, daging lembu, daging babi, sosej Cina dan kek ikan, mi nipis yang halus ini disaluti dengan sos kicap manis sama yang disuntikkan dengan citarasa wok hei (hembusan asap wok). Sempurnakan dengan hidangan sampingan makanan laut, terutamanya Kerang Saus Padang ($15.88) iaitu kerang kecil yang di goreng kilas bersama sos padang.

Ayam Goreng Nanking. Foto: Jessica Chan

Antara sajian Cina-Indonesia lain yang menarik perhatian (dan dihasilkan semula oleh Kota88) adalah Ayam Goreng Nanking ($13.88). Ayam cincang disatukan bersama udang, lobak merah dan perasa sebelum di goreng, dalam menghasilkan patti daging dengan kombinasi mewah yang manis dah savori. Bukan sahaja sesuai dimakan untuk makan malam, ia juga merupakan snek bar yang sesuai untuk sajian happy hour lewat malam ($31.88/seorang untuk dua jam, bermula 9.00 malam).

Kota88 juga mempunyai menu pencuci mulut yang mengagumkan. Antara yang klasik, seperti Es Teler ($6.88) dan Es Cendol ($6.88) boleh didapati bersama Es Milo Alpukat ($7.88) yang menggabungkan milo dan avokado.

Seni hiasan dalaman membiaskan rumah makan tradisional Cina, dengan sentuhan kontemporari. Ia adalah lokasi buat anda untuk menikmati segala sajian kegemaran Glodok tanpa perlu berpeluh-peluh. Dan yang paling penting, mereka mempunyai bar yang dipenuhi dengan minuman yang dapat memberikan keriangan kepada pengunjung. 

Laman web: www.kota88restaurant.com

Alamat: 907 East Coast Road, Singapore 459107.

Telefon: +65 6242 2645

Isnin hingga Ahad | 11AM - 3PM (makan tengah hari) | 5PM - 11PM (makan mala

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki