Resipi Masakan Vietnam

Pho Daging, atau Bun Bo Hue adalah makanan ruji di Vietnam, dan dikenali di seluruh dunia. Hidangan ini sangat mudah untuk dinikmati, dan sama mudah untuk disediakan, seperti resipi kami ini. Tetapi masakanĀ  Vietnam bukan hanya berkisar dengan Pho dan Popia, sebaliknya ada pelbagai lagi. Ia mengetengahkan lima rasa asa di dalam setiap masakan: manis, masin, pahit, masam dan sedap(umami). Makanan Vietnam adalah ringkas, mudah dan menggunakan herba dan sayur-sayuran sebaiknya tanpa merumitkan hidangan. Makanan Vietnam sentiasa segar, dan daging dimasak sekejap sahaja supaya tidak terlebih masak. Bahan-bahan sangat berkhasiat dan tidak kompleks yang bersatu untuk memberikan rasa yang kontra tetapi sangat enak di dalam mulut. Selain daripada gandum, hidangan Vietnam menggunakan bee hoon, kulit popia beras dan tepung beras, membuatkan kebanyakan resipi mereka bebas gluten. Cubalah resipi Salad Udang dan Tang Hoon Vietnam kami untuk menikmati hidangan yang enak dan bebas gluten.

Cili dan rempah adalah komponen penting dalam masakan Vietnam dan berbeza mengikut mengikut wilayah dari mana makanan tertentu berasal - contoh di bahagian Vietnam Utara, iklim yang lebih sejuk bermakna rempah yang terlibat adalah kurang, dan makanan mereka secara amnya kurang pedas berbanding wilayah lain.

Fakta menarik tentang masakan Vietnam: Semuanya melibatkan keseimbangan - lima rasa, lima warna, lima nutrien, semuanya sepadan dengan lima organ. Ini membuatkan makanan Vietnam sangat pelbagai dan berwarna-warni - seperti resipi Banh Xeo ini. Dan semuanya berkenaan tekstur yang wujud secara harmoni dengan rasa dan perisa berbeza, kulit rangup di luar dengan isi daging empuk di dalam.

Makanan popular dalam masakan Vietnam termasuklah juga Nem Nuong - bermaksud Bebola Daging Babi Vietnam yang dipanggang. Ia boleh dihidangkan dalam bentuk bebola seketul-seketul, atau dicucuk pada lidi buluh. Rasa salai dan perisa bawang putih membuat Nem Nuong salah satu masakan Vietnam yang wajib dicuba. Bila anda rasa sekali, pasti ingin makan lagi. Kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk membuatnya.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki