Apakah Horoskop Makanan Sihat Anda?

Apakah Horoskop Makanan Sihat Anda?

Kongsikan dengan kami bintang horoskop, dan kami dedahkan hidangan sihat yang ideal untuk anda.

Adakah sepinggan salad mangga yang manis, pedas dan masam setimpal dengan emosi Arie? Atau Virgo yang mementingkan kesempurnaan suka dengan rasa kompleks dan lazat beriani vegetarian? Kongsikan dengan kami bintang horoskop anda, dan hidangan sihat ideal yang serasi dengan anda akan kami dedahkan.

Atau jika citarasa anda mengarah ke benda-benda manis, ketahui pencuci mulut yang sempurna digandingkan dengan horoskop anda.

1. Aquarius - Mufin Bakon dan Avokado Berperisa

20 Januari - 18 Februari

Anda seorang yang sangat autentik dan berdikari. Individu unik yang menonjol dengan bakat dan kemahiran. Apa lagi resipi yang dapat menggambarkan ciri-ciri tersebut selain daripada Mufin Bakon dan Avokado Berperisa? Bukan sahaja bahan-bahannya dikira istimewa, malah ia juga mesra keto! Dengan langkah-langkah penyediaan jelas, ia serasi dengan pemikiran analitik anda. Ikut resipi ini dan nikmati snek sempurna dalam masa singkat.


    Artikel berkaitan:
    10 Resipi Makanan Digemari Ramai

2. Pisces: Laksa Mee Shirataki Goreng 

19 Februari - 20 Mac

Semua orang suka dengan kebaikan dan belas kasihan anda, kualiti dihargai yang anda berikan tanpa rasa kedekut. Sebab itulah Laksa Mee Shirataki goreng adalah hidangan berkhasiat horoskop anda! Makanan jalanan yang popular di Malaysia dan Singapura, ia serasi dengan personaliti anda yang disenangi dan disayangi. Anda juga pemurah, membuatkan resipi ini (yang boleh dikongsi berdua) ideal untuk dikongsi bersama.


    Artikel berkaitan:
    10 Resipi Super Pedas yang Shiok

3. Aries: Salad Mangga Manis & Pedas Thai

21 Mac - 19 April

Aries adalah individu yang beremosi dan bersemangat. Bersemangat di dalam karier dan kehidupan, anda pasti akan memberikan usaha ekstra untuk orang yang disayangi. Dan apa lagi perisa yang bagus untuk menggambarkan kepedasan dan warna rempah ratus? Hidangan berkhasiat anda semestinya Salad Mangga Manis & Pedas Thai yang mempunyai keseimbangan manis dan pedas, bersamaan dengan azam dan keyakinan anda. Bukan itu sahaja, salad ini sangat segar dan berkhasiat, ia juga memberikan tenaga untuk anda mengorak langkah dengan lebih laju!

  • Artikel berkaitan: Semua Resipi Thai
  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Masam Manis yang Menawan Hati

4. Taurus: Sup Itik Sayur Asin

20 April - 20 Mei

Sekali pandang, Sup Itik Sayur Asin mungkin tidak menarik perhatian sesiapa. Tetapi, memandangkan anda seorang yang praktikal, keringkasan hidangan ini serasi dengan sikap berterus-terang anda. Ia mungkin sedikit nampak tradisional tetapi dengan dedikasi dan perhatian yang sentiasa anda berikan, ianya lebih dari sekadar hidangan ringkas! Walaupun resipi ini mengambil masa lama sedikit untuk disediakan berbanding resipi lain, anda dijamin mendapat kepuasan dengan masa yang diluang di dapur.


    Artikel berkaitan:
    10 Sup Paling Menenangkan Untuk Sepanjang Masa

5. Gemini: Kari Shakshuka Merah Satu Kuali

21 Mei - 20 Jun

Resipi Kari Shakshuka Merah Satu Kuali sangat serasi dengan anda. Seorang yang cepat tangkap untuk menyerasikan diri dengan pantas dalam apa jua situasi, resipi ini hanya mengambil masa 30 minit untuk disediakan. Anda tangkas mengorak langkah dan bergeliga menjana seribu satu idea, membuatkan hidangan unik ini gambaran tepat untuk personaliti anda. Resipi satu kuali yang kemas menunjukkan keadaan terkawal di bawah pengawasan anda, dengan kemahiran dinamik untuk dipamer dan dikongsikan.


    Artikel berkaitan:
    Resipi Istimewa Dalam Satu Kuali

6. Cancer: Kek Tangerin dengan Coklat Ganace Vegan

21 June - 22 Julai

Anda seorang individu yang sangat beremosi, berintuisi dan setia. Berfikiran reflektif, anda sentiasa mencipta senario sempurna untuk semua orang bekerjasama secara harmoni. Kek Tangerin dengan Coklat Ganace Vegan melambangkan diri anda sebagai setiap bahan-bahan berlainan yang digabung secara harmoni, dan serasi secara semula jadi. Lapisan perisa yang enak menunjukkan betapa bertimbang rasanya anda, dengan kekuatan emosi yang dimiliki.

  • Artikel berkaitan: 10 Pencuci Mulut Asia Yang Digemari Ramai
  • Artikel berkaitan: Lagi 10 Pencuci Mulut Asia Yang Digemari Ramai

7. Leo: Puding Roti Coklat Raspberi Keto

23 Julai - 22 Ogos

Horoskop anda sangat kreatif, penuh semangat dan suka menjadi perhatian ramai. Dan sekarang, kami ada satu hidangan berkhasiat yang sesuai untuk anda. Hidangan yang sedap mata memandang, warna dinamik merah, perang dan emas Puding Roti Coklat Raspberi Keto akan menambat hati dan menarik perhatian sesiapa sahaja! Anda tidak akan buat satu potongan sahaja dengan hidangan ini, sebab ada banyak potongan untuk dikongsikan. Bagi mereka yang mengamalkan diet keto, hidangan ini sangat mesra keto dan boleh dinikmati dan dikongsi oleh semua orang.

    Artikel berkaitan: 10 Makanan Yang Perlu Ada Di Dapur Untuk Berjaya Dalam Diet Keto Di Asia

8. Virgo: Beriani Vegetarian

23 Ogos - 22 Septeber

Anda perlukan sesuatu yang realistik. Seorang individu yang praktikal dan logikal, resipi yang ringkas sudah memadai untuk anda. Beriani Vegetarian sangat serasi dengan betapa kompleksnya pendirian anda dan mencapai matlamat untuk mendapatkan apa yang diusahakan. Ia pastinya resipi yang mendatangkan kepuasan bagi anda yang mementingkan kesempurnaan, dari segi pembikinan, dan bila tiba masa untuk menikmatinya!

    Artikel berkaitan: 10 Resipi Nasi Yang Mudah

9. Libra: Sup ABC

23 September - 22 Oktober

Horoskop anda adalah seorang yang peramah dan berbudi pekerti. Menjadi individu yang baik hati, Sup ABC adalah sup yang senang dinikmati oleh ramai orang. Memandangkan ia juga sangat fleksibel (anda boleh tambah apa saja jenis sayur tanpa merosakkan rasanya), tambahan ramuan berlainan menunjukkan berapa ramai orang yang hadir di dalam hayat anda, tetapi tidak akan menjejaskan personaliti diri anda. Ia juga menunjukkan anda sanggup bekerjasama dalam pelbagai situasi, menyesuaikan diri mengikut keperluan, sama seperti hidangan berkhasiat ini.

10. Scorpio: Sup Masam dengan Perut Ikan Bandeng Filipina

23 Oktober - 21 November

Anda sentiasa dilihat sebagai seorang yang jujur dan kekal dengan pendirian, sama seperti lauk kegemaran orang Filipina ini. Hidangan terbaik untuk dinikmati di hari hujan, ramai orang bergantung kepada anda kerana anda seorang yang setia dan dipercayai. Rasa masam yang tinggal di lelangit selepas menghirup sup menggambarkan impak anda terhadap seseorang. Ia menunjukkan betapa anda bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, sambil kadang-kala membuatkan anda rasa terkejut dengan kemampuan diri. Seperti semangkuk sup yang menenangkan, anda sentiasa berada di samping mereka yang memerlukan.

    Artikel berkaitan: 10 Sup Paling Menenangkan Untuk Sepanjang Masa

11. Sagittarius: Bibimbap

22 November - 21 Disember

Horoskop anda suka memberi, dan hidangan Korea yang meriah dengan bahan-bahan, Bibimbap adalah hadiah kepada diri anda. Bukan sahaja saiz hidangan ini boleh diselaraskan, bahan-bahan yang digunakan juga beraneka termasuk seperti lobak, timun, nasi, jeruk, rumpai laut dan banyak lagi. Sebagai individu yang gemarkan cabaran, jumlah bahan berkhasiat yang boleh dicuba-cuba membenarkan anda untuk menikmati perisa berlainan dalam setiap suapan. Memandangkan ia sangat versatil, anda boleh tukarkan bahan-bahan mengikut kesukaan!

    Laman berkaitan: Makanan Berkhasiat Yang Menyelerakan

12. Capricorn: Kerepek Kale Kuning Telur Asin

22 Disember - 19 Januari

Capricorn merupakan individu yang bercita-cita tinggi, jadi bila situasi semakin rumit, mereka akan menjadi semakin berani. Kerepek Kale Kuning Telur Asin mungkin nampak seperti snek yang mudah dibuat, tetapi rahsianya penyediaannya adalah memastikan setiap helaian kale disalut rapi dengan sos kuning telur asin berkrim. Anda perlu hancurkan kuning telur asin, dan salut segenap inci permukaan daun kale. Namun begitu, ia bukan satu masalah untuk horoskop anda, kerana anda seorang yang berkemampuan dan bekerja keras. Anda akan memastikan resipi ini berada di dalam kawalan anda dan memastikan snek ini terhasil dengan jayanya.

    Artikel berkaitan: 10 Cara Paling Mudah dan Sedap untuk Masak Sayur-sayuran

Ketahui horoskop pencuci mulut yang mana satu serasi untuk personaliti anda.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki