Cara Untuk Memasak Sajian Asia

Sajian Asia cukup terkenal dengan perasa yang ketara dan kepelbagaian teknik masakan. Walaupun anda boleh menjumpai hidangan Asia dengan mudah di tempat anda, apa kata anda cuba untuk memasak hidangan anda di dapur sendiri? Asian Food Network akan mengajar anda untuk memasak sajian Asia dengan koleksi resipi yang padat. Bukan sahaja resipi kami didokumenkan dengan penuh perhatian, anda juga boleh menonton video tutorial untuk langkah-langkah yang lebih terperinci dan komprehensif.

Tip Untuk Membantu Anda Memasak Sajian Asia Dengan Penuh Keyakinan

Walaupun anda sudah tahu untuk memasak sajian Asia, mencuba hidangan baharu bukanlah mudah. Tetapi usah risau, kami ada beberapa tip untuk membantu anda memasak dengan cepat dan tepat -

  • Apabila anda goreng kilas - pastikan minyak masak sudah panas sebelum anda meletakkan bahan ke dalam kuali untuk mengelakkan bahan menjadi berminyak. Anda boleh memastikan kuali sudah panas bila ia sudah mula berasap sedikit.
  • Apabila anda kukus - pastikan tiada bahan-bahan yang tenggelam di dalam air.
  • Apabila anda goreng  (deep-frying) - berhati-hati dengan meluncurkan bahan ke dalam minyak untuk mengelakkan ia terpercik. Tambahkan bahan-bahan dengan perlahan untuk mengelak suhu menjadi rendah.

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki