Masakan Jepun

Resipi Makanan Jepun yang Mudah

Sesiapa yang biasa menikmati masakan Jepun pasti pernah dengan istilah washoku. Digunakan sebagai ungkapan biasa untuk menggambarkan masakan atau makanan tradisional Jepun, washoku diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebagai berkhasiat dan lazat, dan juga dengan bangganya diiktiraf oleh UNESCO sebagai Intangible Cultural Heritage.

Gambaran Makanan Jepun

Setiap makanan Jepun secara tradisional dihidangkan dengan semangkuk sup, tiga hidangan sampingan dan semangkuk nasi - semua dibuat dari bahan-bahan segar dan premium untuk menghasilkan hidangan lengkap. Mengutamakan kepelbagaian dan keseimbangan, kombinasi satu sup tiga hidangan ini dikenali sebagai ichiju-sansai (ichi bermaksud satu dan ju merujuk pada sup manakala sans maksudnya tiga dan sai adalah hidangan).

Semua resipi Jepun mengikut pendekatan “peraturan lima”, selalunya dirujuk sebagai Gomi Goshoku Goho::

1. Lima warna (goshoku) - putih, hitam, merah, hijau dan kuning

2. Lima kaedah (goho) - makanan mentah, panggang, kukus, rebus dan goreng

3. 5 perasa (gomi) - manis, pedas, masin, masam dan pahit

Kadangkala, dua lagi “peraturan lima” ditambah ke dalam senarai di atas - lima deria dan lima kesesuaian - untuk meningkatkan pengalaman deria masakan Jepun dan rasa hormat seorang individu terhadap makanan yang dimasak dan dihidang.

Belajar masak makanan Jepun dengan resipi mudah

Kesedapan makanan Jepun biasanya ditemui dalam sushi, yakitori, udon dan soba, tetapi orang Jepun akan berkata hidangan yang dimasak di rumah sentiasa menjadi ichiju-sansai. Sama ada anda mahu menikmati hidangan klasik gastronomi Jepun atau lebih suka jadi fleksibel di dalam dapur, biarkan semangat chef di dalam diri anda yang menentukan.

Jika anda mahu belajar masak makanan Jepun di rumah, boleh mulakan dengan resipi kami yang mudah diikuti. Pastikan anda juga meneroka teknik masakan Jepun daripada pelbagai resipi fusion masakan Asia kami! Sentiasa ada keriangan yang boleh dikongsikan di antara dunia kulinari - tiada cara lain selain bereksperimen dengan makanan istimewa ini di rumah.

Layari resipi makanan Jepun kami di bawah dan mula sediakan hidangan buatan sendiri untuk ahli keluarga dan rakan-rakan!

Layari juga resipi makanan Korea, Thai dan Vietnam kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki