Mitos Asia Sarah: Panduan dan Selok-belok di Dapur Asia

Bersama Sarah Huang Benjamin menguji beberapa amalan masakan Asia yang terbaik dan berkongsi rahsia untuk mendapatkan rasa yang betul untuk hidangan tertentu. Sarah akan cuba membongkar semua perkara wajib dibuat bila memasak hidangan-hidangan asas dan bersedia untuk mengalami kejutan untuk langkah-langkah yang boleh diabaikan tanpa menganggu faktor terpenting, iaitu rasa. Sarah juga akan membawa anda meneroka resipi yang akan memerlukan semua langkah sama seperti yang dibuat oleh neneknya. Kini anda boleh mencipta semula hidangan tradisional dengan panduan sempurna oleh Sarah Huang Benjamin. Webisod baru, setiap hari Isnin pada 8pm.

Video

Episode 6: You Can Now Recreate A Lawson Convenience Store Favourite - Tamago Sando

Sandwich kegemaran ramai ini mungkin kedengaran tidak begitu tradisional, tetapi untuk ramai orang, Tamago Sando ringkas di kedai runcit adalah keutamaan bila melawat negara Jepun. Bahan-bahan ringkas disatukan dengan teknik baru untuk menghasilkan telur rebus yang tidak melibatkan proses merebus langsung.
Video

Episode 5: 15 Minute Fish Congee

Selembut sutera, bubur nasi panas adalah makanan selesa untuk ramai orang Asia, tapi selalunya mengambil masa berjam lamanya untuk mendapat konsistensi sempurna. Petua ini menghasilkan semangkuk bubur enak berkrim hanya dalam masa 15 minit dengan memanfaatkan penyejuk beku, supaya anda boleh masak hidangan klasik ini pada bila-bila masa.
Video

Episode 4: The Mystery of Bouncy Prawns Solved

Cara untuk mendapatkan tekstur udang yang kenyal dan rangup seperti dihidang di restoran, semua dalam teknik perapan. Lumurkan dengan garam dan soda penaik pada udang untuk memberi kekenyalan enak, sebelum ditumis dengan daun basil aromatik dan cili kering. Rahsia menghasilkan satu hidangan yang sungguh menyelerakan.
Video

Ramen Spageti Miso Vegan

Resipi ramen miso berasaskan tumbuhan ini sungguh mudan senang dihasilkan di rumah. Terima kasih kepada pasta spageti angel hair yang menjadi mee ramen yang kenyal dan lembut. Gabungkan dengan sup yang berkrim, penuh rasa dan panas, ia hidangan yang terbaik.
Video

Episod 2: Me Sua, Adakah Perlu Untuk Digoreng Celur Terlebih Dahulu?

Hidangan mee sua goreng yang wangi ini biasanya dihidang di meja perayaan keluarga Hokkien, kerana ia memerlukan sedikit kemahiran teknikal untuk dimasak dengan sempurna. Ia adalah makanan rumah yang selesa, menampilkan kemahiran mengguna wok dan pengawalan suhu, jadi masaklah hidangan ini untuk insan yang paling disayangi.
Video

Episod 1 : Belacan, Perlu Bakar atau Tidak Untuk Membuat Sambal Tumis Yang Sempurna

Sambal ini adalah perasa yang wangi dan pedas dan sempurna disajikan bersama masakan Melayu dan Peranakan. Ia boleh menjadi mudah untuk disediakan dengan cepat tanpa membakar belacan, tetapi malangnya tiada cara pintas yang boleh diambil dalam proses masakan yang perlahan ini.

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki