Thailand

Sajian Thai

Sajian Thai adalah antara yang paling disukai ramai di seluruh dunia. Bahan-bahan, citarasa dan juga cara masakan menjadi karakter tersendiri buat hidangan Thai. Terdapat variasi jenis hidangan, tetapi apa yang membuat sajian Thai menarik adalah cara masakan yang pelbagai dan kompleks dalam menghasilkan sesuatu perasa dalam menjadi representatif kepada hidangan tersebut. 

Secara tradisionalnya, sajian Thai dimasak dengan cara - stu, panggang dan bakar. Dari masa ke masa, masakan Thai terus berkembang dengan menggunakan cara goreng kilas dan goreng celur - pengaruh daripada bangsa Cina yang berhijrah ke Asia Tenggara. Pengaruh masakan Belanda, Perancis dan Jepun juga telah mengubah rupa sajian Thai seperti hari ini.

Resipi Sajian Thai Yang Mudah

Goreng kilas pedas, kari berkrim, sup masam jernih dan panggang bergaram - sajian Thai tidak akan mengecewakan anda. Profil citarasa yang selalu ada dalam masakan Thai menggabungkan nota pedas, masin, masam dan manis, yang akan membawa hidangan klasik mereka ke persada dunia. 

Anda akan menjumpai serai, sos ikan (pengganti kepada garam), lengkuas (sejenis halia yang mempunyai profil rasa yang berbeza) dan santan adalah bahan-bahan utama yang menjadi tulang belakang kepada kebanyakan resipi sajian Thai terbaik.

Asian Food Network ada menampilkan resipi Thai yang terbaik yang merangkumi hidangan dan minuman kegemaran juga klasik, dari ‘Kari Hijau Ayam dan Terung’ kepada “Teh Ais Thai’ yang popular. Baharu mula memasak? Usah risau, resipi Thai kami akan mengajar anda dari mula hingga selesai dengan gambar dan video untuk membantu anda di dapur. 

Jika anda melancong ke Thailand, anda perlu menyelami diri anda dalam kepelbagaian rasa hidangan tempatan. Ikuti panduan kami untuk membantu anda mencari restoran dan kedai jalanan terbaik. Krabi, Chiang Mai dan Bangkok masing-masing mempunyai citarasa yang eksotik - pastikan anda mencuba hidangan Thai yang menyelerakan ini:

  1. Rasa Thai: Chiang Mai

  2. Rasa Thai: Phuket dan Phang Nga

Kongsi Resipi Anda Bersama Kami

Sudah mencuba salah satu resipi kami? Kongsi hidangan bersama kami di Instagram! Kami akan sering kongsi resipi baharu, jadi ikuti kami untuk mencuba hidangan baharu di dapur anda nanti!

Panduan Lewat Malam: Thailand

Article

Panduan Lewat Malam: Phuket

Dikenali sebagai Mutiara Laut Andaman, Phuket sentiasa menawarkan aktiviti baharu untuk dilakukan, tempat makan baharu dan juga lokasi baharu untuk dilawati.
Article

Panduan Lewat Malam: Krabi, Thailand

Makanan laut, makanan laut, dan makanan laut. Krabi adalah tempat untuk mendapatkan makanan laut yang terbaik. Juga pasar-pasar yang dipenuhi dengan makanan.

Thailand

Recipe

Ayam Pandan Thai

Diserikan dengan kemanisan dan keharuman daun pandan, Ayam Pandan Thai adalah sajian pembukaan atau makanan cekut yang sesuai untuk parti (atau makan malam). Anda hanya perlukan beberapa helai daun pandan, ketulan ayam dan variasi bahan-bahan yang mudah untuk didapati di pasaraya! Untuk menjimatkan masa, perap ayam pada malam sebelumnya dan simpan di dalam peti sejuk.

Kerabu Mangga Thai Manis & Pedas (Som Tum Mamuang)

Kerabu yang mudah dan cepat disediakan, juga dikenali dengan nama Som Tum Mamuang mempunyai rasa manis dan pedas yang seimbang.

Bergembiralah, Anda Boleh Membuat Teh Ais Thai Autentik di Rumah!

Berkrim dan manis dengan sedikit kepahitan dan rasa rempah, Teh Ais Thai adalah minuman yang cukup menyelerakan dan menyegarkan, sangat popular di Thailand dan negara jiran di Asia Tenggara. Ia menampilkan perisa yang dihasilkan daripada variasi rempah ratus yang jarang digunakan dalam teh - bunga lawang, buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis. P.S. Jangan risau jika anda tidak mempunyai semua rempah tersebut, ia tetap akan menghasilkan rasa yang cukup melazatkan!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki