Resipi Filipina

Makanan Filipina semakin menjadi popular di seluruh dunia kebelakangan ini dan perkara ini tidak mengejutkan. Kaya dengan sejarah dan budaya unik, makanan Filipina memberikan perasa yang kaya dari hidangan daging dipenuhi protein seperti Adobo dan Lechon hingga ke pencuci mulut seperti jus mangga, koleksi resipi Filipino kami lengkap dengan pelbagai kategori. Sudah pasti makanan jalanan Filipina juga tidak terlepas dari perbualan. Balut (embrio itik), siomai dan siopao dijamin memberikan pengalaman melancong dan santapan di jalan-jalan Manila yang dipenuhi orang ramai.

 

Resipi Filipino yang WAJIB Anda Cuba

Filipian terkenal dengan banyak benda - pantai yang cantik, kaya dengan sejarah termasuk juga hidangan yang enak.

Masakan Filipina telah berevolusi saban tahun dengan perkembangan dalam budaya pop dan pengaruh dari pelbagai tamadun timur dan barat. Ia dicirikan oleh kombinasi rasa masam (asim), masin (alat), manis (tamis) dan pedas (anghang).

Hidangan popular termasuklah Bulcachong (stew daging Filipina) dan Pansit Buko Guisado (mee kelapa)

Mahu cuba masak sendiri masakan Filipina? Terdapat banyak restoran di seluruh dunia, tetapi tiada tandingannya dengan sesuatu yang anda sediakan sendiri di rumah!

Bukan saja anda dapat berjimat bila masak di rumah, ia juga dapat menyerlahkan bakat memasak di dapur dan membolehkan anda meneroka budaya dan warisan melalui makanan.

Sama ada anda seorang chef berpengalaman atau baru belajar memasak di dapur, kami ada pilihan resipi Filipina meluas untuk dicuba. Layari koleksi resepi kami hari ini!

3 Bahan-bahan Biasa Digunakan dalam Masakan Filipino

Hidangan Filipina mempunyai perbezaan perasa ketara. Berikut adalah 3 bahan-bahan anda akan temui dalam masakan Filipina:

1) Sos ikan: penambah rasa ruji di dalam kebanyakan masakan Asia, sos ikan digunakan dalam pelbagai hidangan makanan laut dan daging seperti Nilagang Baka (Sup Daging Filipina).

2) Limau kasturi: limau ini memberikan rasa sitrus yang menyegarkan dan mengimbangkan rasa berminyak dan pedas seperti dalam hidangan Ayam Arroz Caldo.

3) Ayam: boleh dikatakan sumber protein yang paling banyak digunakan dalam masakan Filipina, anda boleh hasilkan tinola ayam dan pastil ayam.

Rahsia Membuat Hidangan Filipino Sempurna

Bahan-bahan menjadikan hidangan rasa sedap. Tetapi kaedah memasak yang betul boleh menghasilkan hidangan yang hebat.

Rahsia masakan Filipina yang enak adalah pengawalan api, kerana sangat mudah membuat bahan-bahan yang digunakan terlebih masak. Jadi, pastikan anda beri perhatian rapi terhadap api dan bahan-bahan masakan yang terlibat.

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki